CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Click! Click!

ads

Monday, August 30, 2010

Tazkirah 20 Ramadhan 1431 H

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu
yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan
demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu
diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang
terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak
bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia


p/s: actually ummi jumpa tazkirah ni dlm disket kat opis. saja bukak tgk apa ada...tgk2 ada yg best...untuk mengelakkan ianya terbiar kaku didalam disket... baik ummi postkan kepada org2 yang sudi membaca...

Tuesday, August 24, 2010

Malas...

mmmm...

mggu ni mggu malas kot...
  • malas nak wat keje
  • malas nak update blog
  • malas nak masak

sebabnyer...??

mggu lepas dah rajin kot...huhuhu

Friday, August 20, 2010

Add Nuffnang

Akhirnya....

Nuffnang di blogku.... cara2 nya... aku blajar kat blog tutorial nuffnang jer... nak blajar? Klik sini. tima kasih en. nuffnang...:) hehehe

Monday, August 16, 2010

Kuih pertama Ramahan 1431H

ari sabtu lepas terasa rajin semcm nk wat kuih tuk berbuka. seawal pagi aku dah siap blender daun pandan... hajat dihati nak wat lompang lengat... tepung dh siap rendam mlm nyer...

tapinyer... huaaaaaaaa...kuih pertama ramadan tu tak menjadi...nk wat lompang lengat jadik lompang dodol... :(

so, ku decide ari ahad tu wat agar2 jek... pastinya menjadi dan sgt berhasil...

p/s: oleh kerana ari ahad berbuka kat surau, so, masak lauk cap tapau jek...huhuhu lauk surau. tghari tu afif mkn mee goreng...mmm....puasa2 nih...mee budak2 pun boleh mengundang terliur...

enjoy pics...

frust bila semangat yg muncul tetiba menghilang...huk..huk..huk

Bukak Posa @ Musolla Darussalam

15 ogos 2010 = 5 Ramadhan 1431H = Ahad

Ari nih berbuka kat surau kat depan umah. Bukan aku n family jer tp bersama2 FIL jugak. Seblom nk g surau, aku ngan alif tereksiden kat tangga umah...hmpir2 alif terjatuh...syukur Allah selamatkan... tp hasilnya kaki kiriku lebam2..huhu..adiah besday in advance.

Gambar2 Alif masa kat surau...

Afif pun tak kurang happy nyer dpt berbuka kat surau... slalu asyik tgk muka ummi ngan abah jek masa berbuka, ari nih berbuka ramai2. suker dia.

Enjoy pics...

vv


hepi bufday 2 me

16 ogos 2010

Today is my bufday

32 tahun yg lalu pd tanggal inilah aku dilahirkan. sama seperti tahun ini. dibulan puasa. cuma tarikhnya 12 ramadhan.

Ada apa ngan bd tahun nih?

Xde pape yg special pun... kat opis sambutan bd tuk augustians n julaians plus sambutan ramadhan dibuat serentak seblom bulan posa... dapat la adiah jugak dah tua2 ni pun...jeng...jeng...jeng...hadiahnyer... bear n mug...


Sambutan bd d opis @ 09082010

Apa lg yg ku dapat sempena bd tahun ni?
- adiah dr 'penghubung panas'... free call
- wishes @ fb + doa from family n friends... thanks all
tu je lah... org dah ingat pun dh cukup baekkkk...


Sunday, August 15, 2010

Tag from Nana


Nana tag as "sape2 yg baca blog ni n ade anak..sila2 jawab soalan2 itu.."
so, kira tersenarailah tu kan?
so... jom kita tgk siapa yg kena....

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
dua orang...dua2 pun Boy...
syukur Alhamdulillah... hajat dihati mmg nk ank sulungku lelaki

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
plannya 2 tahun lg..tp kalau dah direzekikan cepat..akan tetap kuterima...untung2 dpt kembar 2 org pompuan...bestnyerrrrr..
(padahal xde keturunan pun kot...)


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
anak 1st:
Aku ngan hubby sepakat namakannya dengan:
AFIF FAUZAN
Afif = Punya harga diri,bermaruah,
Fauzan = Kejayaan, kemenangan
(Harapan aku n hubby semoga Afif Fauzan akan sentiasa menjaga maruah diri, keluarga dan sentiasa berjaya dalam hidupnya...amin)

anak 2nd:
Hubby nak: Ahmad Faris
Aku nak: Alif Farhan
kesudahannya:
ALIF FARIS
Alif = Kawan rapat,
Faris = Alim
(Harapan aku n hubby semoga Alif Faris akan menjadi kawan rapat kepada aku ngan hubby selain abg ngan adik beradiknya selain seorang muslim yg alim...amin)


4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
anak 1st: aku yg cari but dipersetujui hubby
anak 2nd: me + hubby


5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Hasil daripada belek2 buku nama2 anak dalam islam kot... hehe tapi yang pasti pangkal F musti ada.... huhu


6.Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
~ biarlah rahsia ~


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
2 tahun 10 bulan 10 hari
Afif Fauzan : 070607
Alif Faris: 170410
(setelah menjawab tag ni barulah kuperasan yg 2-2 anak pun lahir pada hb yg ada 7... ank kembar nnt agknya 27hb...huhuhu..amin)

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
of kos la nk girl.. but ok jer kalau Allah bg boy jugak.. asal sihat dan sempurna
(tp sebenarnya mmg nk girl... kumohon padamu Ya Allah...sob..sob... )


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Afif Fauzan + Ummi = Banyak mulut..pot pet pot pet
Afif Fauzan + Abah = Papan lapis... jgn mare yer abah
Alif Faris + Ummi = Comel2 ala2 chubbi gitu
Alif Faris + Abah = Tinggi kot.. lum nmpk sgt lg la..


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
inilah dia 2 org puteraku;

11. Tag blogger yang anda suka
Kalau nk tag yg aku suka tersangat lah byk...
so, dengan ini saye menge'tag' semua pembaca yg suka nak jawab... kpd yg xde anak, guna anak tekak pun boleh ajer :)

Friday, August 13, 2010

Hari Siakap Sedunia

05 ogos 2010

Hari ni ku bercuti. Cuti yg di peruntukan khas untuk adik tersayang yg br balik dr jauh. So aku plan nak masak2 tuk Teh. Setelah puas memerah otak, ku plan tuk msk ikan siakap ari nih.

Memandangkan ikan siakp yg di’stock’kan oleh cik abang sayang ada 2 ekor. So, ku plan tuk masak stim ngan sweet sour. Then sayur sawi tumis.

Kerja memasak ku dah mula dari seawal lepas subuh. Maklumlah sejak dah beranak 2 nih, masa perlu digunakan dgn berkualiti dan penuh effective. Pg2 tuh aktiviti kopek mengopek bahan2 tuk masak, siang sayur. Masa dijimatkan dengan menyediakan sarapan yang mudah iaitu tebar roti canai kat kedai. Senang bangat, bahan yang diperlukan Cuma 2 iaitu ‘uwang’ utk membayar dan ‘mulut’ utk mengoder.Dalam 10 mnit dah siap ngan kuah dal plus sambal lagiiii…… sedap plak tuh.. kalau ku yg buat blum tentu sedap.huhuhu… sbb blum penah cuba wat roti canai setakat nih.

Balik ke citer asal…
Ku mula masak lepas anak2 dah disiapkan. Baru senang hati. Alif mcm biasa xbyk ragam.lepas mandi, susukan pastu tidolah aktiviti kegemaran dia. Afif plak dah ada Pak Teh nyer… ummi xde lah dipedulikan sgt. So, bolehlah ku memasak dengan aman tenteram. Huhuhu…

Campak2 apa yg patut lam kuali, ku siap masak dekat kol 2. Fuh lama betul kan? Maklumlah byk sgt iklan masa tgh masak tuh. Byk sponsorlah katakana. Tp kalau camnih bukak kedai, alamat lingkuplah… ½ hari baru dpt order…hehehe. Tp ini bukan menunjukkan ku xcekap memasak yer… Cuma kalau byk sgt iklan diselitkan.. citer apa pun jd panjang.

Dan.. hasilnya…
Inilah menu ku utk hari nih. Siakap Masak Kukus ngan Siakap Masam Manis. Lg 1 menu ku lupa snap iaitu Sayur Sawi Tumis. Hubby ku balik kje petang tu… tgk lauk.. ayat dia…” Wahhhh..special nih”. Ku mcm biasa lah…senyum jer…

Welcome back...





04 ogos 2010

Ari nih plan keje ½ hari sbb nk g amik adik kesayangan kat KLIA. Hubby plak amik cuti terus atas alasan yg sma. Teh (panggilan manja tuk adik yg ku maksudkan) dah abis blaja kat German. So, this is his last journey from Deutschland, I hope. Dekat 6tahun Teh kat negara orang, so I guess dia mmg xsabar sgt nk balik mesia. Sbb tu aku pun xnak biar dia tertunggu2 kat klia. Lam kol 2.00 ptg aku ngan hubby dah smpai KLIA. Katanya flight dia smpai kol 2.00. Aku ngan hubby wat keputusan solat dlu sbb slalunya Teh pun akan solat2 dlu siap2 kat terminal n aku pun nk kena express dlu sbb td kat opis smpat express skali jek. Tgh2 dok ekspress Teh dah call kta dia dh smpai. Nasib baik hubby dh pegi tggu lepas abis solat. Sekali jadi Teh yg tggu kak dia kat KLIA… hehehe

Kali ni Teh naik Etihad Airways. Bertolak dr Frankfurt kol 1115, transit di Abu Dhabi kol 1935, bertolak ke KUL kol 0245. Letihnya perjalanan mu wahai adik…. Tp xpe… segalanya dh selesai… kan kak dah kata…Teh musti bleh punyer!

Tgk tiket Teh skit… EUR 603.65. kalau convert RM, huh… berpeluh gak la nk byr tuh.Sbb tuh klau naik MAS lg mahal hrganya.

Biasalah…kalau org br balik dr jauh musti nk tau gak apa buah tgn yg dibwk balik bersama. Yer tak? Hehehe… so, utk kali nih… jengx3…


Ku dapat brg yg kuidam2kan lama dah. Tq Teh… nnt kak byq installment ok?hehehe… Afif ngn Abah tak terkecuali umminyer dapat fav choc yg mg slalu Teh wak setiap kali dia balik. Kali nih dia xbwk balik byk sbb dia dah post by shipping. Tggu 3 bln lg ok….Ni fav choc aku sbnarnya Choc jemana ferrero nih mmg sedap giler. Sbb tu kupesan kalau nak wak balik choc, xpayah yg lain2, beli sebeg choc ni sj pun xpe. Mmg xpuas2 mkn sbb kat mesia kubelum penah jmpa dijual dmana2 pasaran. Even kat airport KLIA pun ku xjumpa. Ke aku yg cari xjumpa? Entahlah… apa yg pasti choc nih mmg sedap giler.Kepada penggemar2 hazel, choc nih lg sedap dr ferrero rocher tau. Naperlah agaknya xde kat mesia ek? Harganya kalau kat tempat Teh dlm EUR1++ jer. Tp dia tgk kat Frankfurt Airport dijual dgn USD4++. Sekotak ada 4 packet. 1 packet ada 9 bji. Kalau smpai kat Malaysia agak2 jd bapa hinggit lah agaknya.
(sedar xsedar entry nih dh mcm jd promoter choc plak).

Afif paling happy pakteh balik. Walaupun jarang jumpa tp dia xlupa. Mlm tu smpai kol 2.00 pg Teh melayan Afif. Aku, hubby ngan adik dh tertido dlu dah. Sian Teh dah la jet lack lum abis lg … tp apa nk buat, dia pun mmg suker layan budak. Thanks bro…

Aku dh siap2 belikan tiket AA tuk Teh balik kg. Mak abah musti dh tak sbr sgt nk jmpa anak rantau diaorg nih. Sbb tu aku blikan tiket 05hb.

Tak sempat nak manja2 ngan teh.. dh nk kawen... huhuhu... adikku bakal bergelar suami org raya nih... tahniah utk adikku sayang...apa2 hal pun raya ke2 nnt kita berkumpul okey?

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dear Visitors...Put your link please...TQ