CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Click! Click!

ads

Monday, February 14, 2011

Story Mory Weekend

Sat, 12 Feb

Memenuhi 2 undangan perkahwinan membuatkan perut xsempat kelaparan semalam...

1st kitaorg g kenduri sepupu mr hubby di Dewan Kompleks Belia, Cheras. memandangkan ini majlis saudara, pastinya peruntukan masa lebih kat cni (kol 12-3pm)...nak jumpa sedara mara...kebetulan hubby n sepupunya ni satu opis, so, inilah juga masa hubby nk layan member2 opis ngan bos2 opisnya...kebetulan lagi, ramai juga member2 opis diaorg yg ummi kenal (sbb ummi kan pernah praktikal kat opis mr hubby???), so masa ni untuk ummi juga untuk berjmpa member2 lama  ex-opismate...yer tak? Majlis mmg meriah dengan tema hijau muda... ummi sekeluarga jek tersilap tema...huhuhu...gasak jelah.

Kisah suspen di majlis yg 1st nih: ummi tertinggalkan kunci keta hampir 2jam. apalah cuai sgt ummi kali nih...nasib xde paper jd kat keta.

2nd undangan bertempat di Dewan Banquet, UPM Serdang. Ini undangan opismate ummi. Since ini kenduri anaknya yg terakhir, ummi cuba juga memenuhi undangan. Sampai di dewan dah 3.40pm, nasib masih ada tetamu...2 pasang pengantin sekaligus... tema majllis rasanya gold sbb tuan rumah pakai gold... pengantin..sepasang pakai gold, sepasang lg xperasan kaler la plak...boleh tak gitu???apalah ummi ni...

Kisah suspen di majlis ke2: Afif xjumpa ummi sbb asyik sgt ke sana ke sini mcm kat majlis yg 1st td. tetiba dia perasan yg dia xkenal sesiapa katctu...br lahsibuk cari ummi...nasib si menantu Tuan umah dapat carikan ummi.. tgk mata ngan idung Afif dah berair...sian dia... lam keta asyik ckp camni...

"Kesian Afif cari ummi"

"Nasib baik Afif jumpa ummi"

Banyak kalilah dia ulang. Nampak sgt dia mmg takut kalau xjumpa ummi...hai Afif...Afif...

Lepas majlis kat Serdang weol singgah solat kat opis ummi sbb lepas tu nk g umah adik ummi (yg Afif pggil PakTeh tu) kat Bandar Saujana Putra. Dia br pndah sana masa CNY ari tuh. Kebetulan nk antar barang yg mak kirim dari kmpung. Ummi bwk kan kuih sagu..

Sampai umah Pakteh, org umah nya masih kat sepital, kojo...mcm tulah kalau dah jd doktor...keja xtentu masa. kesian dia..dah la pegnent..ummi yg rasa penatnya...

Ummi pepandai sendri je kat dapur umah diaorg sbb dah bgtau awal nk masakkan mihun. brg2 sumer Teh dah belikan...so, ummi pun truskah tugasan ummi. Alif ngan Afif dah jmpa Pakteh mmg xbaper kisah sgt lah ketiadaan ummi...

Thursday, February 10, 2011

Renungan Sempena Maulidur Rasul SAW

Bersempena 12 Rabiul Awal 1432H yg bakal menjelang mggu depan.... Hari Maulid Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.. mari kita renung dan kenang kembali kisah baginda semasa kecilnya...

Kisah Sejarah RSAW utk kita Cinta & Rindu padanya


KEBAHAGIAAN HALIMAH


Kebahagiaan Halimah yang Pertama:


Halimah berpikir,tak dapatlah bayi, kalau dapat pun tentulah dapat anak-anak miskin. Bila dia lihat hanya tinggal seorang, dia pun pergi. Bila dia tengok bayi itu, keluar cahaya. Diapun rasa bahagia. Bayi ini bungkusnya saja buruk tapi mukanya bercahaya. Maka dia berkata pada suaminya, "Abang lihat, bayi ini bercahaya, untung kita jadikan anak". Itu bahagia yang pertama. Itulah yang dimaksudkan Halimah yang bahagia.


Kebahagiaan Halimah yang Kedua:

Sudah jadi tradisi orang yang mendapat anak susuan, dia pergi menuju Hajar Aswad dulu sebelum balik. Di dekat Hajar Aswad, tiba tiba batu Hajar Aswad keluar dari sarangnya dan pergi kepada Rasulullah SAW dan terus mencium Rasulullah SAW. Terkejutlah Halimah. Halimah berkata, "Bahagianya saya, bayi ini mesti ada masa depan". Rencananya, dia hendak bawa Muhammad ke Kaabah untuk cium Hajar Aswad, tapi ternyata Hajar Aswad yang cium Rasulullah SAW. Maka dia berkata bayi ini ada masa depan, mesti jadi orang istimewa tapi tak tahu apa. Itulah bahagia yang kedua.


Kebahagiaan Halimah yang Ketiga:


Setelah itu, Halimah pulang dengan suaminya, yang lain sudah jauh meninggalkan mereka. Ketika mereka naik unta, terkejutlah mereka, unta tua itu jadi gagah. Unta tua itu dapat mendahului semua rombongan tadi, terkejut lagilah Halimah dan suaminya. Ini mesti ada kaitan dengan bayi ini. Dia berkata, "bahagianya kita bang dapat bayi yang luar biasa'. Ini bahagia yang ketiga.


Kebahagiaan Halimah yang Keempat:


Ketika rombongan Bani Saad dapat disusul, rombongan tersebut terkejut. Ada yang bertanya, "Apakah dapat unta baru" Mereka berkata, "Halimah tunggu". Akan tetapi unta itu terus saja. Bila sampai di rumah, Halimah terkejut, semenjak Rasulullah SAW ada di rumah, Halimah tak perlu pasang lampu, muka Rasulullah SAW bercahaya sepanjang masa. Terkejut suami isteri itu hingga berkata, "bertuahnya kita bang dapat bayi ini, dia mesti ada masa depan". Inilah bahagia yang keempat.


Kebahagiaan Halimah yang Kelima:


Selama 4 tahun Rasulullah SAW dipelihara. Halimah itu orang miskin, seperti Siti Aminah yang juga miskin. Tapi semenjak dapat anak angkat Rasulullah SAW, rezekinya mewah. Mereka heran dan bahagia.


Kebahagiaan Halimah yang Keenam:


Semenjak dengan Halimah, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan, dibagi dia makan tak dibagi dia tak minta. Tidak seperti bayi lain bila lapar minta makanan. Halimah dan suaminya heran, mengapa bayi ini diberi makan dimakan, tak diberi dia tak minta. "Bertuah kita bang, bahagialah kita". Kemudian bila diberi makan tak pernah minta tambah. Anak kita tidak begaduh kakak beradik karena hendak tambah lauk. Rasulullah SAW tidak, berapa banyak dibagi, itu sajalah yang dia makan. Dia tak minta. Suami isteri heran, Rasulullah SAW tak pernah minta makanan. Kalau diberi makan, dia tak pernah minta tambah. Halimah kata pada suaminya, "bertuah kita bang dapat bayi ini".


Kebahagiaan Halimah yang Ketujuh:


Selain tu, waktu ambil Rasulullah SAW sebagai anak susu, susu Halimah bertambah banyak, Halimah heran. Selama ini susunya bukan tak ada tapi tak begitu banyak. Tapi semenjak muncul Rasulullah SAW susu mencurah-curah. Anehnya, apabila sudah menyusu sebelah, Nabi Muhammad tutup mulut kuat-kuat. Halimah paham Rasulullah SAW mengajarkan bahwa yang sebelah lagi untuk abangnya, Damrah. Sejak kecil lagi Tuhan sudah masukkan keadilan pada Rasulullah SAW. Dia tak mau ganggu bahagian abangnya.


Kebahagiaan Halimah yang Kedelapan:


Rasulullah SAW ini tak pernah menangis, bayi seperti manapun menangis. Tapi Rasulullah SAW tidak. Halimah dan suaminya heran, bayi ini mesti ada masa depan. Ini bahagia yang kedelapan.


Kebahagiaan Halimah yang Kesembilan:


Suatu masa, Rasulullah SAW bermain-main dengan abang angkatnya yang bernama Damrah. Dia bermain di padang pasir. Tiba-tiba dia telentang seperti pingsan. Tapi abangnya melihat dia tidak pingsan, terbaring saja. Damrah memanggil emaknya, emak buru-buru melihatnya, adik ini kenapa. Jadi Halimah cepat-cepat datang, sampai kepada Rasulullah SAW dia pun peluk. Selepas Rasulullah SAW puas dipeluk, dia tanya, mengapa nak, apakah engkau sakit? Rasulullah SAW jawab, ada 3 orang tangkap aku, dibelah dadaku tapi tak sakit, dibasuh-basuh kemudian dijahitnya tak sakit, itu saja. Heran Halimah. Tak percaya anaknya yang berkata. Hendak percaya, apa iya? Halimah berkata pada suaminya, bertuah kita bang, anak kita ini mengalami ini, ini mesti ada masa depan.


Kebahagiaan Halimah yang Kesepuluh:


Kemudian setelah 4 tahun, Rasulullah SAW dibawa oleh Halimah untuk diserahkan kembali kepada emaknya. Bila diserah kembali dia tak tahu apa yang berlaku pada Rasulullah SAW, sebab hendak dapat informasi di zaman itu susah. Tiba-tiba ketika umur Rasulullah SAW 40 tahun terdengarlah berita oleh Halimah, rupanya anak susunya menjadi Rasul. Maka dia berkata pada suaminya, tak sangka bang, anak susu kita, anak angkat kita jadi Rasul. Bahagianya Halimah, suaminya pun merasa bahagia.


Kebahagiaan Halimah yang Kesebelas:


Tapi hendak berjumpa Rasulullah SAW susah, Halimah Islam di tangan orang lain bukan di tangan Rasulullah SAW. Pada satu hari, waktu dia sudah tua, satu kali dapat jumpa Rasulullah SAW. Waktu sudah tua bahagianya Halimah. Bertemu lagi setelah 40 tahun, setelah menjadi Rasul. Selepas itu Halimah mati. Itulah sekali perjumpaan dengan Rasulullah SAW.


Cerita yang dibawa ni sesuai dengan nama Halimah yang dapat bahagia, banyak kebahagian yang Halimah dapat selepas dia mengasuh Rasulullah SAW. Ini menunjukkan apa saja yang berkaitan dengan Rasulullah SAW, walaupun satu titik dia ada makna, ada maksud, ada simbolik, cuma kita diberi faham atau tidak oleh Allah.


Kalau Allah bagi tahu, macam-macam dapat kita cungkil dari Rasulullah SAW walaupun satu huruf. Nama Halimah Sa'adiah itu sesuai dengan pengalaman hidupnya. Sebab itu dalam Islam disuruh bagi nama pada anak yang baik-baik, itu doa. Moga-moga bayi itu bila dia besar sesuai dgn namanya


p/s: cerita ni ihsan sorang member kat opis. TQ to Nuar.  SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL dan Selamat bercuti 15 Feb 2011.

Monday, February 07, 2011

Tamat Sudah Percutian di Kampung

Apa kisah bercuti di kampung tuh?

Tarikh percutian: 29 Jan 2011 - 5 Feb 2011

Apa ada di kampung?

Ada ayah bonda, udin, rumah yg best, angin yg segar

Kat blakang umah ada kebun + mini dusun

Ari Sabtu tu ada kenduri. Yg bestnya kat kampung masih mengamalkan gotong royong. Dari ari khamis dah start GR. Cuma kenduri Teh ngan Sarah ari tu terkecuali sbb kitaorg spesial kes wat kat dewan. tu pun org dtg umah tolong2 packing goodie bag.

Aktiviti menarik?

Petik tomato kat kebun blakang umah, ber chit chat ngan ayah bonda tercinta, kutip cabai melaka keliling umah.

Selebihnya anak2 yg byk aktiviti kot;
Afif: ikut Pak Chaq & Mak Chaq g jogging, tgk org main layang2, naik moto ngan wan, pak chaq, lagi nai basikal rabbit dia, main ngan pak su udin, bg ayam makan

Alif: Suka dok blakang umah smbil tgk daun2 di tiup angin

Abah nyer aktiviti lg best.. makan..tido...mkn...tido... abah mmg amik kesempatan betul bila balik kampung...tiap2 kali pun mcm tuh... tenang sgt agaknya tido kat kampung...

Pegi jalan ke mana?

Xpegi mana sgt pun... g Aloq Setaq, tgk umah mak abah yg bakal diduduki kelak... pastu g pasar malam... pm kat kampung best... 2 mlm berturut2 g pm... byk sggh makanan.. rasa cam sumer nk beli... lagi... pegi umah Chaq kat Padang Sera ngan Teh&Sarah, lagi... g mkn kenduri umah jiran. sebenarnya ada lg tempat nk g tp xsempat la plak...

Apa buah tangan dari kampung?

Macam2...
Ketupat, cabai melaka, limau kasturi, daun limau purut, bauh tomato, buah betik, ikan bilis, kuih bangkit, pisang, serai

p/s: nnt2 la upload gmbaq nooo... entry ini seakan2 menjawab tag... so, sesiapa membaca silalah menjawab tag yang direkacipta ummi ini...sebelum tu jgn lupa tinggalkan link anda di atas..boleh la kongsi story mory cuti korang tu kan..TQ

A Very Long Journey

Balik ari Sabtu, smpai ari Ahad? Boleh tak gitu? Dah la perasaan nak balik ke KL x seexcited nk balik ke kampung... kene pulak terkandas dalam jem di PLUS sepanjang dari Sg Petani sampai....mana ntah (xdapat describe sbb ummi dh tido... so, xtau jem smpai mana...lupa nk tanya en hubby juga).

Weol bertolak balik dari kmpung lebih kurang jam 6.15 petang ari sabtu (5hb Feb), tp smpai KL jam 4.30 pg ari Ahad. SEPULUH jam perjalanan. Tolak 2 jam benti rehat kat Gunung Semanggul menjadikan 8 jam dok lam keta. Nasib la malam...sejuk skit..malangnya xde pemandangan. Cuma pesta lampu merah jer yg menerangi...tu pun xterang mana pun. Syukur jugak ari xhujan... kalau tak maunya tambah lagi 2-4 jam perjalanan.

Jarak perjalanan Taman Bkit Teratai, KL- Kg Teluk Nibung, Jitra, Kedah + 430 km, masa balik ke Jitra 6 jam jer pun... std naik bas express lah tu.. kalau 10 jam dah macam naik Ketapi Tanah Melayu...
Heran betul...naper jem sangat teruk yer? Adakah semua orang berfikiran yg sama mcm kitaorg? Kononnya...

"Kalau balik ari Ahad sure jalan jem teruk kan?"

Sudahnya balik ari Sabtu pun 10 jam lam keta...membuatkan mr hubby mengeluarkan statement berbunyi begini...

"Lain kali kita bertolak balik KL pun lepas Subuh lah"

Ummi iya kan ajer... kesian abah bwk keta sengsorang...

Tp xpe.. nnt bln 5 kitaorg balik lg...kali ni insyaallah alau xde aral 2-3 jam jer kot perjalanan. ikut jalan atas lah pulak... lama x naik belon...

Lagi satu kisah sedey... kejadian berlaku semasa kami berhenti rehat kat R&R G.S tu, Mr ALZA kitaorg kena gesel...huaaaa... rasa nk nangis pun ada... blum smpai setahun di jalanan... moga2 orang yang menggesel dan melarikan diri itu mendapat balasan yang setimpal dari Allah...Amin... sampai hati tau.. kesannya, Mr A dah tercalar dan terkopak skit kat bumper tu...

Apa pun Syukur pd Allah sbb kitaorg smpai umah dengan selamat.
Dek kerana kesedihan itu, ummi hilang idea dah nak menulis entry ni.

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dear Visitors...Put your link please...TQ